At Blog to fb


SOALAN :

Salam doktor.. Saya nak tanya.. Macam mana tahap keseriusan penyakit tangan, kaki dan mulut. Sebab saya nmpk ada tanda-tanda seperti bintik merah pada kaki dan tapak tangan.Kadang-kadang anak saya ada bagitahu sakit di mulut. Bila saya check macam ada ulser. Tp anak saya tidak demam, kelihatan aktif seperti biasa, selera mkn ada. Anak saya berumur 2 tahun...tq

JAWAPAN :

Penyakit tangan kaki dan mulut biasanya berlaku pada kanak- kanak yang beumur kurang dari 5 thn. Penyakit ini berjangkit dari sentuhan dan juga dari air liur.

Simptom2 penyakit ini adalah demam, ulcer trutama di bahagian kaki tangan dan mulut , lemah, hilang selera makan..

Daripada apa yang En. Zul terangkan kemungkinan besar anak encik menghidapi penyakit tangan kaki dan mulut walaupun tiada demam dan hilang selera makan. Ini sebenarnya petanda yang baik kerana ia tidak la serius dan anak encik masih aktif .

Walaubagaimanapun anak encik masih perlu dikuarantinkan daripada kanak- kanak lain. Banyakkan memberi air untuk mengelakkan dehidrasi dan mungkin boleh memberi makanan sejuk seperti aiskrim atau yogurt jika dia tidak mahu makan disebabkan ulcer mulut

Jarang sekali berlaku komplikasi daripada penyakit ini. Radang otak atau encephalitis adalah satu daripada komplikasi dimana selalunya anak akan menghadapi demam yg teruk, dan sawan.

Apa pun saya nasihatkan encik berkunjung ke klinik berdekatan jika anak demam teruk melebihi 3 hari, tidak aktif atau lemah, tidak mahu makan untuk pemeriksaan lanjut.


Sharing is caring
Ikhlas Dr Nor

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Top