Selama ini mungkin ramai para ibubapa yang tercari-cari laman web khusus untuk penjagaan anak-anak kecil yang berbahasa melayu di alam maya ini. Malangnya tidak banyak yang wujud malah jikalau ada pun sekadar artikel-artikel ringkas dan bukannya penjelasan yang lengkap dalam merangkumi aspek-aspek keselamatan, penjagaan, perubatan serta ilmu mendidik dengan cara yang betul mengikut perkembangan dan usia anak-anak kita.
Alhamdulillah, kini segala pencarian anda sebagai ibubapa yang perihatin terhadap permasalahan mengenai si kecil kesayangan anda telah diwujudkan untuk pengetahuan bersama. Berkat usaha seorang doktor yang ikhlas ingin membantu tanpa ada sebarang yuran bayaran sememangnya harus dipuji. Dengan lebih mesra doktor yang lebih suka di panggil Dr. Nor ini telah mewujudkan page di laman sosial Facebook (FB) sebagai langkah awal untuk pekongsian ilmu kedoktorannya mengenai alam si kecil.
Bukan mudah pada ketika ini untuk mencari mana-mana doktor yang mampu memberi khidmat nasihat terutamanya mengenai penyakit dan ilmu perubatan secara percuma malah jika ada artikel-artikel yang mereka tuliskan pasti kurang lengkap kerana mengharapkan para ibubapa akan berjumpa mereka terus untuk tindakan selanjutnya. Kebanyakkan mereka lebih menjuruskan kepada keuntungan perniagaan dan kurang untuk berkongsi pendapat dalam mengurangkan permasalahan ibubapa. Disini kami tidak salahkan sesiapa kerana Allah sendiri telah menciptakan sifat manusia itu berbeza-beza dan tidak semua mereka ini juga bersikap lebih mementingkan perniagaan. Ada juga yang sama seperti naluri hati Dr. Nor ini cuma masa mereka yang amat terhad serta kurang pengetahuan dalam ilmu untuk menyebarkan maklumat membuatkan penyampaian itu terbatas.
KIDSGUARD adalah nama yang diberikan pada halaman FB yang telah diwujudkan oleh Dr. Nor ini. Page ini telah diwujudkan pada 23 November 2013. Selepas sebulan barulah kami perasan kewujudan page Kidsguard ini. Itupun bukanlah kami mengetahuinya dalam FB, tetapi kami terbaca post Dr. Nor ini didalam laman forum Majalah.com. Dalam post berkenaan beliau amat berharap agar ada orang yang dapat membantu dirinya untuk menyebarkan maklumat tentang kewujudan page Kidsguard ini di halaman FB. Tetapi yang paling menarik minat kami adalah Dr. Nor juga menggalakkan agar para-para blogger untuk mengongsikan maklumat-maklumat yang diberikan dalam blog masing-masing. Memandangkan kami sudah lama berkecimpung dalam dunia blogger serta mempunyai anak-anak kecil yang meningkat besar, jadi apa salahnya kami menyahut cabaran Dr. Nor untuk bersama-sama menyebarkan sesuatu yang baik untuk kepentingan bersama. Tak rugi apa pun malah pahala lagi dapat.
Dalam usaha meningkatkan pengikut page Kidsguard ini, kami pernah jugalah dihubungi oleh seorang hamba Allah yang telah lama berhubung dengan Dr. Nor ini. Kami telah pun berbincang dalam usaha menarik minat pengunjung serta menyebarkan maklumat mengenai kewujudan halaman Kidsguard ini. Pengalaman kami dalam mengendalikan page-page yang besar dan ramai pengikut sememangnya amat membantu untuk menaikkan rangking pengikut page ini. Walaupun seperti kata hamba Allah ni, tidak semua admin page lain sanggup untuk kongsikan link FB Kidsguard ini di wall mereka tetapi kami tetap juga berusaha tanpa ada rasa putus asa. Ahamdulillah jika pada penghujung tahun 2013 lalu pengikut page Kidsguard ini sekadar mengumpul 2 ribu lebih pengikut, sehingga artikel ini ditulis pengikut yang telah mengikutinya bertambah menjadi lebih dari 14 ribu.
Memandangkan maklumat yang disalurkan di dalam halaman FB hanya sebagai panduan asas dan adakalanya kurang penjelasan dalam membantu menyelesaikan sebarang masalah pengunjung, disini kami telah bersepakat untuk membina pula laman blog khas untuk kidsguard ini. Blog yang diberi nama My Kidsgurd ini akan memberi maklumat yang lebih lengkap serta mudah untuk pengunjung mencari artikel-artikel yang terdahulu berbanding di ruangan FB. Selain itu blog ini juga adalah sebagai backup kepada halaman Kidsguard di FB dalam memudahkan pengunjung membuat pencarian di alam maya samaada menggunakan pencarian Google, Yahoo dan sebagainya.
Semoga dengan kehadiran blog My Kidsguard di alam maya ini sedikit sebanyak akan membantu pengunjung untuk memahami dunia si kecil yang berada di luar jangkauan kita. Semoga ia bermanfaat kepada semua. Disini kami bersama Dr. Nor akan sentiasa memberi yang terbaik serta menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini buat pengunjung blog My Kidsguard ini. InsyaAllah.
Anda boleh melayari Kidsguard ini juga di :
# Sebarang permasalahan anda mengenai anak-anak boleh diajukan di halaman Facebook Kidsguard ini. Hanya sekadar inbox, InsyaAllah Dr. Nor akan membantu menyelesaikan masalah tersebut. Untuk mengajukan soalan sila KLIK DISINI
semoga bermanfaat kepada semua.
BalasPadam