SOALAN :
Salam Dr...saya punya masalah dalam menyusukan anak saya yang baru mencecah 4 bulan. Saya rasakan susu badan saya lambat keluar dan bayi saya akan mengamuk setiap kali menyusu dan menyebabkan dia kurang kerap menyusu. Saya risau berat badannya tidak bertambah. Apa yang harus saya buat Dr? Adakah susu saya semakin berkurangan?
JAWAPAN :
Salam. Alhamdulillah kerana puan masih lagi menyusukan anak.
Apa yang perlu puan lakukan adalah lebih kerap memberikan susu, untuk merangsang penghasilan susu itu sendiri. Lebih kerap menyusu lebih banyak penghasilannya. Tip yang boleh diamalkan adalah selepas menyusu puan cuba pula dengan mengepamnya. Lebih elok dilakukan pada waktu pagi kerana hormon prolaktin yang terlibat dalam penghasilan susu dihasilkan pada waktu pagi. Pastikan teknik menyusu itu betul, kerana teknik yang salah juga boleh membuatkan baby mengamuk
Tanda-tanda anak tidak puas menyusu
Pembuangan air kecil yang :
- Sedikit dan pekat
- Kurang daripada enam kali sehari
- Kuning dan berbau kuat
- Bayi tidak puas selepas menyusu
- Bayi selalu menangis
- Bayi menyusu terlalu kerap
- Bayi menyusu terlalu lama
- Bayi tidak mahu menyusu
- Najis bayi keras, kering atau berwarna hijau
- Bayi kurang membuang air besar
- Ibu tidak berupaya mengeluarkan susu setiap kali cuba memerah susu
Untuk merangsang penghasilan susu yang banyak puan hendaklah menjaga pemakanan, seelok2nya jgn skip waktu makan. Jika puan cuba untuk menghilangkan berat badan cuba makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap dan paling penting adalah bersarapan pagi. Banyakkan makan makanan berprotein seperti air soya, sawi, lobak putih, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang, betik muda.
Paling penting adalah minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
Banyak juga produk-produk supplement yang dapat membantu penghasilan susu yang banyak, dan mungkin berkesan
Sharing is caring
Ikhlas Dr Nor
0 ulasan:
Catat Ulasan