At Blog to fb


Di dalam Islam para fuqaha’ sepakat mendefinisikan berkhatan untuk perempuan adalah merujuk kepada pemotongan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj bagi perempuan. Berbeza dengan lelaki, berkhatan bagi perempuan tidak perlu membuang kulit yang berkenaan keseluruhannya. Tetapi cukup sekadar sebahagian kecil kawasan tersebut.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 - 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation). Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Walau bagaimanapun, Islam juga amat mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudharatan pada diri. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.

Berdasarkan mazhab Syafie, amalan berkhatan diwajibkan sama ada untuk lelaki atau perempuan. Ia termasuk antara amalan yang disyariatkan Allah sebagai pelengkap fitrah semula jadi manusia.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Fitrah (sifat semula jadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak." (Bukhari, Muslim)

Pandangan berkhatan anak perempuan dalam islam:

Dalam satu riwayat hadis:
Seorang wanita (Umm Atiyyah) biasa melakukan khatan di Madinah. Nabi s.a.w berkata kepada beliau : ”Janganlah potong keterlaluan kerana adalah ia baik bagi seorang wanita dan lebih disukai oleh suami” Sunan Abu Dawûd, Bab 41, #5251.

Begitu juga dengan satu hadis dari Al-Tabarani menyebut :
Potonglah kulit luar (kulit yang menutupi clitoris) dan janganlah potong terlalu dalam (sehingga memotong clitoris itu sendiri), ianya akan menceriakan wajah (bagi gadis) dan disukai oleh suami

Kaedah berkhatan yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w ialah membuangkan sebahagian kecil kulit yang menutupi clitorisnya (dinamakan prepuce). Baginda juga dengan jelas menegah melakukan khatan secara keterlaluan (membuang clitoris) kerana boleh membahayakan bayi perempuan itu dan akan mengurangkan kehendak (desire) terhadap suaminya.

Dengan membuang kulit yang menutupi clitoris akan menyebabkan seseorang wanita itu mudah mendapat klimax (orgasm) ketika berjima’ bersama suaminya. Clitoris yang terdedah mudah untuk dirangsangkan berbanding jika tidak dikhatan kerana kulit prepuce yang menutupi clitorisnya.

Tiada umur yang spesifik untuk berkhatan, biasanya dilakukan ketika anak perempuan masih kecil, iaitu beberapa hari selepas dilahirkan sehingga selagi mereka belum dewasa dan merasa malu.

Dengan perkembangan teknologi perubatan berkhatan juga boleh dilakukan dengan ubat bius ( general anaesthesia) untuk kanak- kanak yang melebihi umur 2 tahun.

Prosedur berkhatan yang termaktub di dalam kitab-kitab fiqh tidak langsung memberikan kemudaratan. Malah, WHO juga gagal menunjukkan bukti emperikal kesan negatif yang menunjukkan bahawa amalan berkhatan di kalangan wanita menimbulkan mudharat sehingga membahayakan nyawa wanita. Di dalam Islam, sesuai dengan kaedah fiqh:
ما ثبت بزمان يحكم ببقائه ما لم يوجد دليل على خلافه 

"Sesuatu amalan yang diperintahkan itu boleh diteruskan selama mana tidak mendatangkan mudarat dan tidak ada dalil yang menentangnya "

Sharing is caring
Ikhlas dr Dr Nor

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Top