At Blog to fb


Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah toksin, virus ataupun bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan.

Vaksin dan Penyakit Berkaitan

Vaksin berikut adalah digunakan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Turut disertakan jadual vaksinasi dan penyakit apakah yang dihalang oleh vaksin tersebut.

1. BCG

Bakteria yang dilemahkan.
Diberi melalui suntikan di bawah kulit lengan.
Tuberculosis

Tibi (batuk kering) akan menyebabkan jangkitan yang serius pada paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan biasanya akan merebak kepada organ lain.

2. DTP

Toksin bakteria yang diubahsuai (DT) dan keseluruhan sel Pertusis (wP)
Ia adalah kombinasi vaksin (DTwP), dan biasanya diberikan sekaligus; HiB + Hepatitis B + Difteria + Tetanus + Pertussis.
Diberikan melalui suntikan di peha.
Diphteria

Toksik yang dikeluarkan oleh bakteria menyebabkan saluran pernafasan tersumbat ataupun pneumonia (radang paru-paru).

Tetanus

Keracunan toksin bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan hilang keupayaan membuka rahang (kancing gigi).

Pertussis

Pertussis (batuk kokol) adalah batuk berterusan yang berpanjangan dan menghasilkan bunyi "whoop" apabila menarik nafas. Ia boleh menyebabkan kekurangan oksigen ke otak.

3. HiB

Sebahagian daripada komponen bakteria (Hib)
Haemophilus influenzae jenis b

Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).

4. Hep B

Komponen virus (Hep B)
Diberi melalui suntikan di otot peha
Hepatitis B

Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.

5. OPV (Sabin)

Virus yang dilemahkan
Diberi melalui mulut
Polio

Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.

6. MMR

Virus yang dilemahkan
Diberi melalui suntikan di otot peha
Beguk (Mumps)

Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.

Campak (Measles)

Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).

Rubella

Ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (Terutamanya PDA - patent ductus arteriosus)


Nota:

Semua penyakit di atas boleh berjangkit dari seseorang kepada seseorang kecuali Tetanus (ia disebabkan oleh luka di badan yang dicemari oleh tanah yang mengandungi bakteria)

Vaksin berikut boleh didapati di klinik swasta :

aP (acellular Pertussis) yang diperbuat daripada komponen bakteria. Berbeza daripada wP iaitu keseluruhan sel Pertussis.
Varicella (demam cacar air)
Influenzae
Hepatitis A
Demam taifod


Kesan Sampingan dan Keselamatan Vaksin

Semua vaksin yang diberi adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO). Kesan sampingan adalah ringan dan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuklah demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Jika ini berlaku, boleh mengambil ubat seperti paracetamol.

Kesan sampingan yang serius adalah jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor, jika berlaku keadaan berikut :

Menangis berterusan, mengantuk, pucat, berlaku pengecutan otot (spasm) dalam tempoh 48 jam selepas suntikan
Berlaku ruam panas, kesukaran bernafas dan mengantuk yang serius
Langkah Berjaga-jaga dan Tanda-tanda Biasa Imunisasi

Tanda-tanda berikut biasa dan tidak membahayakan :

Kesakitan yang sedikit tanpa demam bukan kesan imunisasi.
Reaksi yang sedikit selepas mengambil telur bukan kesan suntikan campak.
Walau bagaimanapun, jika bayi anda mempunyai kesakitan yang teruk dengan suhu badan yang melebihi 38°Celsius, imunisasi akan ditangguhkan sehingga bayi sihat.
Jika bayi mempunyai lebam yang jarang berlaku, suntikan akan menyebabkan pendarahan pada otot.
Situasi berikut perlu diberi perhatian semasa imunisasi :

Vaksin hidup (OPV, MMR) adalah kontra indikasi untuk bayi-bayi yang mempunyai daya tahan tubuh yang lemah disebabkan oleh penyakit serius atau penggunaan ubat-ubat tertentu (penggunaan steroid jangka panjang, rawatan kanser). Bagaimanapun apabila bayi telah sihat, imunisasi boleh diberikan.
Kanak-kanak yang telah dikenalpasti alah terhadap pemberian imunisasi yang lalu (anaphylaxis).

sumber bersama kementerian kesihatan malaysia..

ikhlas Dr.nor...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Top