Kenapa kita dilarang memukul anak kecil yang sedang menangis?
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
" Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Karena pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia bersalawat …ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua orang tua nya.” ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan salawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua orang tua nya.
Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
” Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.” ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)
Note : Anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukan dengan kekerasan dan pukulan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar jadi kesan dari perbuatan kejam kita terhadap mereka.
*Hukum memukul muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun sama ada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan-tujuan yang lain.
Sabda Rasulullah s.a.w.
" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya." Hadis sahih Bukhari dan Muslim.
Imam Nawawi (16/165) menghuraikan,"Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana :
- Muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
- Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
- Anggota yang ada padanya adalah anggota panca indera seperti mata, hidung, telinga dan sebagainya
- Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini serta mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
- Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas."
Imam Ibnu Hajar Asqalani (5/183) menghuraikan :- " Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."
Imam Sun'ani (pengarang kitab Subul as Salam) (1/236) menghuraikan :- " Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samaada untuk mendidik atau sebagainya."
KESIMPULAN:
Oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka sama ada kepada isteri, anak, pelajar-pelajar, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak atau anak murid sekarang ini semakin nakal dan sukar dikawal sehingga kadang-kadang provokasi melampau mereka memang jelas akan menguji emosi seseorang ibu, bapa atau guru-guru di luar sana.
*dari itu,saya mohon pada para-para ibubapa,fikirlah secara waras dalam mendidik anak..tak sanggup lagi kita mendengar serta menerima berita yg diluar perikemanusiaan kita..banyak-banyakkan istighfar serta mohon kesabaran dari ALLAH SWT,INSYAALLAH..
ikhlas Dr.nor...
sharing is caring>>>
0 ulasan:
Catat Ulasan