Kita dikejutkan lagi dengan kematian seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun pada hari pertama persekolahan semalam (Khamis, 2/01/2014) di Kuantan, Pahang. Hari yang sepatutnya ceria bertukar pilu. Besar sungguh dugaan buat seluruh ahli keluarga. Kita ucapkan takziah buat keluarga mangsa. Semoga mereka kuat dan sabar menghadapinya. Pastinya Allahyarham ditempatkan di Syurga, aamiin.
Mangsa dikatakan meninggal dunia setelah ditinggalkan selama hampir 9 jam di tempat duduk belakang kenderaan MPV keluarga tersebut. Bapa mangsa sepatutnya menghantar mangsa ke taska, namun beliau lupa berbuat demikian. Untuk cerita lanjut baca di sini.
Saya pernah menulis mengenai isu ini pada tahun lalu berikutan kematian seorang kanak-kanak di dalam kereta ibu mangsa. Ironinya, mangsa juga berusia 3 tahun. Kedua-dua kanak-kanak ini meninggal akibat komplikasi kepanasan melampau, atau Heat Stroke.
Ajal maut di tangan Tuhan. Namun, kita sebagai hambanya wajib berikhtiar. Di sini saya 'copy and paste' penulisan saya pada Julai 2013. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan melakukan langkah sewajarnya bagi mengelakkan perkara ini berulang.
************************************************************************
Malaysia digemparkan dengan kematian seorang kanak-kanak berusia 3 tahun semalam. Kanak-kanak malang tersebut terperangkap di dalam kereta ibunya yang juga seorang guru yang bergegas ke mesyuarat di sekolah beliau petang semalam, meninggalkan mangsa yang sedang tidur di kerusi belakang kereta. Ketika dijumpai 5 jam kemudian, kanak-kanak malang tersebut telah pun meninggal dunia. Takziah buat keluarga mangsa. Al-Faatihah.
Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah apa yang mungkin menyebabkan kematian kanak-kanak tersebut berlaku dan langkah-langkah yang boleh kita ambil bagi mengelakkan ia terjadi kepada kita atau keluarga kita.
Kajian menunjukkan bahawa suhu dalam kereta akan meningkat secara mendadak apabila kereta dibiarkan di bawah panas matahari. Ia boleh meningkat antara 10 ke 20 darjah dalam masa 20 minit sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan kepanasan melampau kepada bayi atau kanak-kanak yang terperangkap di dalam kereta. Suhu dalaman (core temperature) badan akan meningkat secara mendadak sehingga 41 darjah celsius.
Berikut kenaikan suhu dalam kereta yang berlaku:
• 10 minutes ~ 19 deg F (Farenheit)
• 20 minutes ~ 29 deg F
• 30 minutes ~ 34 deg F
• 60 minutes ~ 43 deg F
• 1 to 2 hours ~ 45-50 deg F
Sumber: http://www.ggweather.com/heat/
Kepanasan ini akan menyebabkan proses perpeluhan berlaku (proses ‘normal regulation’ bagi menyejukkan badan kita) yang seterusnya menyebabkan kekurangan air dalam badan (dehydration), sawan, kekeliruan (confusion), kerosakan otak dan organ dalam badan dan seterusnya kematian. Ia dikenali sebagai ‘HEAT STROKE’.
Kematian juga boleh disebabkan oleh lemas (suffocation) kerana kekurangan udara (oksigen) akibat tingkap ditutup rapat. Membuka tingkap sekadar beberapa inci atau membiarkan penghawa dingin (aircond) dalam keadaan hidup juga tidak dapat memastikan keadaan ini tidak berlaku.
Heat Stroke berlaku di seluruh dunia. Data dari Amerika Syarikat menunjukkan 33 kes kematian pada tahun 2012 dan 22 kes pada tahun 2013 (setakat ini). Sejak tahun 1998 terdapat 583 kematian akibat Heat Stroke bagi kanak-kanak atau bayi yang ditinggalkan di dalam kereta.
Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil bagi memastikan kita tidak lupa kepada anak atau bayi kita yang sedang tidur di kerusi belakang ialah:
- Meletakkan beg kerja atau fail penting kita di tempat duduk belakang. Kita pasti akan mengambil barang-barang ini apabila keluar dari kereta.
- Meletakkan tanda ‘Baby On Board’ atau apa-apa barangan bayi di stering, dashboard atau cermin depan kereta
- Menjadikan memeriksa kereta sebagai rutin check-list sebagaimana seperti kita hendak meninggalkan rumah. Ketika hendak meninggalkan rumah kita akan memastikan pintu semuanya berkunci, suiz elektrik dan paip air ditutup dan sebagainya.
- Bagi kenderaan awam (seperti van sekolah), perlu melakukan ‘head-count’ atau perlu ada senarai nama kanak-kanak yang menaiki van tersebut.
- Pastikan kunci kereta sentiasa ditempat selamat dan anak-anak tidak dapat mengambilnya. Ada kes dimana kanak-kanak ini masuk ke dalam kereta tanpa disedari.
- Hubungi pihak berkuasa sekiranya anda terlihat kanak-kanak keseorangan di dalam kereta yang ditinggalkan.
- Namun yang paling utama dan terbaik ialah, JANGAN SESEKALI MENINGGALKAN ANAK-ANAK KITA KESEORANGAN DI DALAM KERETA
Harap dapat ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ maklumat ini. Moga ia dapat menjadi asbab mengelakkan perkara ini berulang. Terima kasih.
Diambil dari blog Dr. Mahyuddin
0 ulasan:
Catat Ulasan