Ezema? Boleh berjangkit tak?

Pertanyaan ini dari seorang ibu kepada saya. Anak puan ni berumur 6 tahun, lelaki. Anaknya seorang yang aktif dan lasak. Walau bagaimanapun kulitnya agak sensitif dan selalu diserang ekzema. Bukan dia sahaja, adik beradik yang lain pun sama. Dan sejak dia sudah mula bersekolah memang kerap terkena ekzema terutama dibahagian leher dan tangan. Nak jadikan cerita masa puan ni hantar anaknya ke tadika ada satu ibu lain menegur tentang kulit anaknya itu, dan dia nasihatkan puan ni supaya tidak hantar anaknya ke sekolah takut dijangkiti kanak- kanak lain. Siap bagitahu pada guru ditadika itu lagi supaya anak puan ini tidak dibiarkan campur dengan kanak-kanak lain. Musykil jugalah ibu ni sebab dia sangat pasti yang itu adalah ekzema dan bukan kudis buta dan selama ini dia memang tahu tentang ekzema tidak berjangkit.

Boleh ke ekzema hilang terus,dan ada tak ubat/ krim untuk hilangkan ekzema?

Ekzema adalah penyakit kulit yang kronik dan secara semulajadinya ia akan datang dan pergi bergantung kepada keadaan sekeliling. Ada masanya kulit akan kelihatan normal dan diselang-selikan dengan masa dImana mungkin akan diserang ekzema yang sederhana atau teruk.

Memang ini adalah penyakit keturunan dimana jika ibu atau bapa atau kedua- duanya pernah atau mengalami ekzema, asthma atau Allergic kemungkinan besar anak-anak mereka juga turut mengalami masalah yang sama. Dan untuk pengetahuan semua kanak- kanak yang mengalami ekzema lebih cenderung diserang asthma dan allergic tetapi tidak sebaliknya.

Ekzema ni berlaku bila kulit kita dalam keaadaan yang sangat kering, dan kulit yang terdedah kepada sesuatu yang boleh menyababkan iritasi. Bahan yang menyebabkan irritasi ini berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain ia termasuklah bulu dari haiwan peliharaan seperti kucing, carpet, debu hama, sesetengah detergen atau pewangi pakaian dan yang mungkin kita terlepas pandang adalah asap rokok.

Malangnya, ekzema bukanlah satu penyakit yang boleh di ubati sepenuhnya, walaubagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai ekzema biasanya menjadi semakin baik. dan berita baik bagi ibubapa, ekzema ini boleh dikawal dan yang paling ia tidak boleh berjangkit.

Dua perkara penting dalam merawat ekzema adalah merawat punca kekeringan kulit dan keradangan kulit. rutin mandi yang sempurna seperti mandi sekurang- kurangnya 2 kali, atau lebih kerap jika cuaca panas dan pemakaian pelembap selepas mandi adalah baik bagi mengelakkan kekeringan kulit. Manakala ubat anti radang ( anti inflaamation) pula digunakan untuk mengurangkan keradangan, ini termasuklah anti histamin dan steroid. Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

Apa lagi yang kita boleh buat untuk mengelakkan, atau mengawalnya?

Elok bagi kita mengenal pasti punca yang menyebabkan ekzema, dengan cara ini kita boleh mengelakkan anak-anak dari terdedah kepada ekzema. Pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet anak-anak dengan drastik. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik anak anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan habuk hama sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.

Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk. Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentang bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.

Dan yang paling penting bagi anda adalah menerapkan kebersihan kepada anak anda. Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru. Cuci tangan sebelum dan selepas melakukan setiap aktiviti.

Sekian, semoga kita dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Sharing is caring,
Iklas dr DR nor

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Top