At Blog to fb


Pain killer atau ubat tahan sakit merupakan ubat yang paling banyak dan mudah didapati di farmasi. Antara yang popular adalah ponstan, voltaren, prufen dan sunprox. Selalunya ubat ini digunakan untuk menghilangkan rasa sakit tidak kira untuk penyakit akut ( spt sakit otot selepas melakukan senaman,period pain, luka disebabkan kemalangan, sakit gigi) atau untuk sakit kronik spt arthritis, back pain.

pengunaan yang singkat untuk menghilangkan sakit adalah tidak membimbangkan ,namun bagaimana untuk penggunaan yang berpanjangan seperti untuk penyakit arthritis? tahukah anda bahawa pain killer sebenarnya adalah bahaya kepada kesihatan jika digunakan dalam jangkamasa yang panjang?

Situasi yang sering terjadi yang saya perhatikan adalah golongan orang tua ( mungkin ibubapa anda). Selalunya mereka ni mempunyai banyak ubat untuk dimakan seperti ubat kencing manis, darah tinggi . Dan terjadi bila mereka ini mengadu sakit kepada doktor mereka dan dipreskripsi ubat tahan sakit yang perlu diambil apabila perlu sahaja iaitu bila sakit, tetapi mereka mengambilnya sehingga habis. kita tidak boleh salahkan mereka kerana mereka mungkin kurang faham atau tidak diberi penerangan dengan jelas oleh doktor yang merawat atau pihak farmasi.

Ubat tahan sakit seperti dinyatakan adalah dari golongan NSAIDs ( non steroidal anti inflammatory drugs). Risiko pain killer jenis ini adalah pendarahan bahagian gastrrointestinal ( perut dan usus) yang teruk dan boleh membawa kepada kematian. NSAIDs merangsang acid perut dan dalam masa yang sama pengurangkan mucus normal yang melindungi lapisan perut. Ubat ini adalah sangat tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai gastritis dan ulcer.

Penggunaan secara tidak terkawal juga boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang serius , dan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang terutama bagi golongan yang berumur lebih 60 tahun, pesakit darah tinggi, pesakit jantung, yang mempunyai masalah buah pinggang. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke.

Apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan penggunaan ubat tahan sakit ?

Bagi penyakit kronik seperti arthitis atau sakit sendi yang kebanyakannya dialami oleh golongan tua, mungkin saya boleh mencadangkan penggunaan glucosamine dan condroitin iaitu sejenis supplement, selain mengelakkan dari kehausan sendi yang lebih serius, ia juga boleh mengurangkan kekejangan dan kesakitan.

Bagi mereka yang mungkin mengalami sakit gigi / radang boleh mengunakan larutan antiseptik mulut untuk berkumur dan mendapatkan antibiotik jika gigi telah dijangkiti bakteria.
Bagi kaum wanita yang mengalami masalah period pain setiap kali datang haid ,mungkin boleh mengurangkan sakit mengunakan gel / cecair yang hangat ( hot compression ). Namun jika sakit ini berterusan untuk ajngkamasa yang lama. Anda perlu mendapatkan pemeriksaan selanjutnya.

Sakit kepala? Bantak sebab dan kenal pasti dahulu puncanya. Jika migraine anda perlu mengelakkan daripada mengambil makanan / minuman yang menyebabkan atau triggef migraine. Mungkin pengambilan ginkgo biloba boleh diamalkan kerana baik untuk pelancaran darah ke otak.

Sharing is caring
Ikhlas dari DrNor

2 ulasan:

 
Top