Extended Breast Feeding
SOALAN :
Salam. Saya ada masalah. Anak saya sejak lahir sehingga sekarang umurnya 2 tahun 2 bulan masih menyusu badan. Sejak dulu sampai sekarang, dia langsung tidak mahu susu tepung walau ape jenama pun. Dia mkn nasi dengan ayam dan sayur sedikit sahaja. Dia ada juga makan roti dan pisang serta minum air milo. Saya risau. Ada apa-apa masalah ke kalau anak saya langsung tak minum susu tepung? Maklumlah kanak-kanak seusia dia sudah minum susu dalam botol dan iklan-iklan dalam tv pun selalu cakap susu untuk membesar la, untuk perkembangan otak la. Macam mana ni doktor,? Saya dah tak boleh nak paksa anak saya sebab dia mmg tak mahu. Saya dah cuba banyak kali.
JAWAPAN :
Terima kasih kerana sudi berkongsi masalah. Sebenarnya bukan puan sahaja yang risau dengan masalah ini, ramai ibu diluar sana bertanya tentang kebaikan breast feeding setelah lengkap 2 tahun.
Menyusu melebihi 2 tahun juga dikenali dengan extended breast feeding. Ia sebenarnya adalah biasa bagi ibu-ibu terutama dinegara Asia. Persoalannya cukupkah hanya breast feeding untuk pertumbuhan anak? Ada juga dikalangsn kita yang menyusukan anak sehingga umur 3-4 tahun, dan jangan risau, anak kita akan berhenti sendiri menyusu badan tanpa dipaksa.
Susu badan adalah terbaik untuk anak. Memang tidak dapat dinafikan ada kajian menunjukkan terdapat 1 atau 2 komponen di dalam susu ibu tidak mencukupi untuk bayi yang semakin membesar. Perbezaan paling ketara adalah daripada segi komposisi air dan kandungan lemak. Namun, harus diingatkan! walaupun susu ibu kekurangan komponen tersebut, ia tetap jauh lebih baik berbanding susu formula. Dengan itu, susu ibu tetap bersesuaian dengan jumlah kalori yang diperlukan mengikut waktu dan umur bayi pada ketika itu.
Selain daripada mengeratkan perhubungan kasih sayang antara ibu dan anak yang mana penting untuk membentuk keperibadian mereka, susu ibu juga mengandungi nutrient yang optimum dan juga immunologi yang melindungi anak daripada jangkitan penyakit. Jadi anak puan akan jarang sakit dan jika sakit susu ibu dapat menolongnya untuk melawan penyakit selain dari. Mengekalkan tahap hidrasi.
Extra information untuk puan, Hormon prolaktin dipercayai banyak membantu anda menenangkan perasaan sementara oksitosin merangsang perasaan sayang yang sedia ada. Terbukti, hormon-hormon ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental.
Jadi, puan boleh terus menyusukan anak, jangan risau tentang nutrient yang bakal diperolehi oleh anak puan kerana susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak puan, tiada susu yang dapat menandingi kandungan susu ibu.
Disamping itu puan boleh terus memberi makanan- makanan yang sesuai untuk anak puan, biasakan dia makan apa yang keluarganya makan.
InsyaAllah, teruskan usaha menyusukan anak puan
Sharing is caring
Ikhlas Dr Nor
0 ulasan:
Catat Ulasan