At Blog to fb


SOALAN :

Anak saya jika digigit nyamuk pasti akan menjadi kudis, kulit kemerah merahan dan akan membuatkan kulitnya terdapat kesan hitam seperti parut apabila sudah baik kudis tersebut. Apa yang harus saya lakukan supaya gigitan nyamuk itu tidak memberi kesan pdnya..

JAWAPAN :

Diluar sana ada macam-macam mosquito repellent yang dijual untuk mengelakkan dari digigit nyamuk, namun sesetengah kulit kanak tidak sesuai menggunakannya dan menyebabkan alahan kulit.

Apa yang boleh saya nasihatkan adalah puan boleh menyapu losyen keseluruh anggota badan anak, kerana nyamuk tidak suka pada wangian. Sapuan losyen boleh dibuat berulang kali.

Untuk mengelakkan kesan gigitan menjadi parut elakkan anak puan dari menggaru kerana menyebabkan gigitan itu bertambah teruk.. Untuk mencegah parut puan boleh mencuba bio oil, hiruscar cream atau dermatix yang disapu pada tempat gigitan sahaja.. Tapi perlu diingatkan, puan perlu menyapu berulang kali bagi menghilangkan kesan parut itu.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Top