At Blog to fb


SOALAN : 

Apabila demam, anak saya (tiga tahun dan satu tahun tujuh bulan) akan mengalami suhu badan yang panas, kebiasaan bapanya akan memasukkan ubat demam melalui dubur sebelum ke klinik mendapatkan ubat makan.

Apakah risiko ubat demam dubur jika kerap digunakan kepada anak setiap kali mereka demam?


JAWAPAN : 

Ubat demam yang dimasukkan ke dalam dubur ialah ubat parasetamol atau diclofenac. Ubat-ubat ini boleh digunakan dengan selamat jika anak enggan makan ubat atau dalam keadaan kecemasan di mana suhu badan anak perlu diturunkan secepat mungkin supaya tidak menjadi sawan demam.

Kesan sampingan jarang berlaku asalkan dosnya tidak melebihi preskripsi doktor anak anda. Pastikan ubat tersebut tidak dipaksa ke dalam lubang dubur anak kerana ini boleh melukakannya. Masukkan dengan sedikit air atau jel supaya tidak terluka kawasan anus anak.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Top