At Blog to fb


SOALAN : 

Saya mempunyai anak berusia tiga bulan lebih dan menyusukan bayi saya selepas pulang dari bekerja. Masalah saya, anak saya sukar untuk membuang air besar iaitu dua hari sekali dan setiap kali hendak buang air, bayi saya mesti menangis sakit perut malah selalu kembung perut. Soalan saya, adakah disebabkan susu formula yang diberikan yang membuatkan bayi saya susah untuk membuang air dan sakit perut?

JAWAPAN : 

Ada kalanya apabila bayi menukar susu daripada susu ibu kepada susu formula, masalah sembelit berlaku. Ada banyak sebab kenapa ini berlaku - zat besi dalam susu formula, komposisi susu tersebut, cara membancuh, dan sebagainya. Jika bayi diberi susu formula, puan boleh cuba tukar ke formula berjenama lain. Walaupun semua susu formula mempunyai isi kandungan yang hampir sama, ada sedikit perbezaan yang boleh melibatkan bayi menjadi sembelit.

Jangan bancuhkan susu kurang pekat kerana ini akan menjadikan keadaan susah lagi dan boleh melibatkan tumbesaran bayi. Jika bayi masih lagi buang air besar yang keras dan susah keluar, cuba berikan jus prun satu atau dua kali sehari.

Jika bayi buang air besar dua hari sekali dan tidak meneran atau najisnya bukan keras atau berketul-ketul, jangan bimbang.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Top