SOALAN :

Bayi saya berumur empat bulan. Masalahnya selepas menyusu dia akan muntah semula (muak). Mengapakah ini terjadi? Saya telah bertanya kepada doktor, namun jawapannya ia adalah normal. Adakah benar perkara ini normal bagi bayi?

JAWAPAN :

Muak atau muntah adalah perkara yang biasa didapati pada bayi berusia enam bulan ke bawah. Walau bagaimanapun, bayi tidak patut muntah tiap-tiap kali selepas menyusu dan berat badannya tidak patut menurun. Muntah di kalangan bayi berlaku disebabkan oleh “injap” di antara esofagus (usus dari mulut ke perut) dan perut kerap kali terbuka memaksa kandungan perut naik ke esofagus dan kemudian ke mulut. Keadaan ini tidak menjadi masalah jika berat bayi meningkat seperti biasa.

Tanda-tanda yang merunsingkan ialah jika:

  1. Bayi muntah tiap-tiap kali selepas menyusu.
  2. Berat badannya tidak meningkat seperti biasa mengikut carta normal.
  3. Mengeluarkan cecair hempedu berwarna kuning atau hijau dalam muntahnya.

Jika anak muntah, pastikan dia tidak berbaring terlentang kerana ini boleh melibatkan bahan muntahnya masuk ke saluran pernafasan. Jika kerap sangat berlaku, adalah baik jika bayi terlibat ditidurkan mengiring untuk mengelak daripada aspirasi ke paru-parunya.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Top