At Blog to fb


Pernahkah anda menghadapi masalah seperti ni?

SOALAN :

Dr. Anak saya  sudah pun berumur 1 tahun 8 bulan. Alhamdulillah giginya sudah tumbuh penuh. Yang merisaukan saya sekarang adalah dia langsung tidak mahu untuk menggosok gigi. Bermacam-macam cara sudah saya lakukan termasuklaa membeli berus gigi yang mempunyai gambar kartun kegemarannya. Namun setiap pagi saya terpaksa 'bergusti' dengannya untuk memberuskan gigi anak saya itu. Risau juga saya sebagai ibu kerana takut gigi anak itu akan rosak. Anak saya masih menyusu badan tapi dia amat suka makan coklat, gula- gula dan aiskrim. Bagaimanakah caranya hendak melatih anak saya untuk menggosok gigi dengan mudah?

JAWAPAN :

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada para ibubapa yang amat perihatin dengan pentingnya kebersihan gigi dan mulut anak sejak dari awal umurnya. Memang dari segi perubatan pertumbuhan gigi adalah dari seawal umur 6 bulan dan akan sempurna dan penuh pada umur 2 tahun. Tetapi jangan risau bagi ibubapa yang anaknya masih belum tumbuh gigi apabila anak dah berumur 6 bulan kerana setiap bayi berbeza- beza.

Memang susah untuk melatih anak anak menggosok gigi seawal umur ini. Tetapi sebenarnya lagi awal kita melatih mereka adalah lebih baik. Memang pada mulanya mereka akan menangis. Apabila nampak berus gigi sahaja sudah tak mahu membuka mulut apatah lagi nak duduk diam. Pujuk pun dah tak jalan. Kunci utama adalah 'sabar dan cuba lagi'.

Ape yang perlu kita lakukan adalah latih mereka. Belilah berus gigi yang sesuai dan ' attactive ' sikit. Berus yang lembut dan kecil kepalanya dan lebar di bahagian pemegang. Boleh juga guna ubat gigi ( sebaik2nya yg berflorida) dan tak perlu banyak pun. Sekadar oleskan nipis sahaja.

Latih mereka menggosok gigi sebanyak 2 kali sehari. Seelok-eloknya sebelum sarapan pagi dan sebelum waktu tidur. Bagi anda yang anaknya suka meronta-ronta, jangan terlalu memaksa mereka. Anda boleh gunakan pendekatan ini.

  • Kita dukung anak kita mengadap cermin dan gosok bersama-sama atau dudukkan mereka dipeha kita sambil memegang dahi mereka dan gosokkan gigi mereka.
  • Mulakan dengan bahagian gigi hadapan terlebih dahulu. Apabila dah biasa barulah cuba dibahagian dalam. Kemudian lap dengan kain bersih yang lembap (sebaik-baiknya ajar anak-anak anda berkumur)


Penting bagi kita ibubapa menghadkan pengambilan makanan ringan seperti gula-gula, coklat, aiskrim dan sebagainya bukan sahaja untuk kesihatan gigi malah untuk mengelakkan anak-anak anda dari risiko obesiti yang semakin berleluasa dikalangan kanak-kanak di malaysia pada ketika ini. Anda perlu la menghadkan pengambilan makan ringan ini, mungkin hanya seminggu sekali.

Selain itu, seawal umur ini mungkin ada sudah boleh mendapatkan nasihat doktor gigi kanak-kanak dengan berkunjung ke klinik gigi berdekatan. Selain dari membiasakan anak-anak untuk memeriksa gigi, doktor gigi kanak-kanak juga boleh memberikan tip-tip yang berguna bagi memastikan gigi anak-anak anda kekal cantik.

Sharing is caring - DR. Nor

* Sumber - Kidsguard

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Top