At Blog to fb


Di sini saya ingin menyuarakan tentang perubahan perihal anak-anak kita semasa berada di pusat-pusat jagaan atau asuhan.

Kita sebagai ibubapa perlu peka tentang perubahan mereka setiap masa. Ini kerana,mereka akan menunjukkan dari sifat semulajadi mereka seperti kemurungan, ketakutan dan kesedihan tiap kali mereka ditinggalkan ketempat asuhan dan kepada pengasuh. Saya tidak menyalahkan kepada kesemua pusat jagaan dan pengasuh, hanya segelintir yang tidak mempunyai sifat semulajadi kemanusiaan..

Oleh dari itu,saya ingin membuka ruangan pada kali ini kepada ibubapa dalam menanyakan soalan serta masalah yang dihadapi oleh anak-anak kita. Jangan mengambil sambil lewa dan membiarkan perkara ini berlarutan. Cukuplah kita sentiasa dihujani berita-berita yang menyayat hati berkaitan anak-anak. Segala perihal dan perangai perubahan anak-anak sebenarnya telah memberikan kita petanda akan sesuatu yg mereka sedang alami..

Ambil langkah berjaga-jaga sebelum perkara ini menjadi lebih serius..

"Kepada pengasuh serta pusat asuhan yang berwibawa dan amanah dalam menjaga serta mendidik, tahniah kami ucapkan. Teruskan nilai-nilai murni anda dalam memikul tanggungjawab yang diterima dengan penuh keikhlasan..

"sayangi anak-anak kita permata didunia dan akhirat"

**** Kongsikan segala masalah dan pengalaman anda DISINI

wassalam.

ikhlas Dr.nor..
sharing is caring>>>

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Top