Boleh lagi ke dapatkan suntikan immunisasi untuk bayi anda walaupun telah lewat daripada umur yang sepatutnya?
SOALAN :
Dr anak saya sekarang dah umur 1 tahun 8 bulan. Sejak lahir sampai umurnya hampir setahun saya memang mengikut jadual immunisasi dan tak pernah miss. Tetapi baru- baru ni kecoh tentang isu kandungan setiap vaksin dan kesan sampingan immunisasi telah menyebabkan saya dan isteri terus berhenti mendapatkan immunisasi.
Adakah anak saya perlu mengambil semula semua vaksin tersebut dari dos awal?
JAWAPAN :
Memang menjadi tugas ibubapa memberi yang terbaik untuk anak- anak mereka. Sebab itu adalah penting untuk kita untuk mencari informasi yang tepat dan bertanya kepada yang lebih mahir untuk sesuatu permasalahan.
Immunisasi sebenarnya adalah penting bagi kanak -kanak untuk mengelakkan penyakit berjangkit yang berbahaya. Baru- baru ini kita digemparkan pula dengan artikel tentang 'vaksin merbahaya'. Mungkin ramai ibubapa yang keliru. Mungkin saya boleh membantu anda dalam memahami tentang vaksin dan kesan sampingannya. Mungkin anda pernah terdengar tentang AEFI( adverse effect following immunization) atau kesan sampingan selepas immunisasi. Memang wujud kesan sampingan ini , tapi jika dibandingkan dengan risiko penyakit berjangkit itu jauh lebih merbahaya daripada kesan sampingan vaksin. Dan risiko mendapat kesan sampingan adalah teramat kecil
Secara amnya, vaksin adalah selamat untuk semua kanak.kanak. Namun, live vaksin iaitu vaksin dari virus/ bacteria yang dilemahkan (seperti BCG dan MMR) adalah TIDAK SELAMAT bagi
- Kanak- kanak yang mempunyai immuniti yang lemah seperti pesakit kanser, leukemia, dan AIDS
- Pesakit kemotherapi
- pesakit yang memerima rawatan steroid dos tinggi lebih dari 7 hari atau steroid dose rendah lebih dari dua minggu atau menerima rawatan immunoglobulin (namun boleh mendapatkan vaksin selepas 3 bulan tempoh rawatan)
Bagi mereka yang terlepas atau ketinggalan vaksin yang sepatutnya, imunisasi tidak perlu diulangkan dari permulaan, walaupun tempoh antara dos imunisasi telah lama ditundakan. Kanak-kanak hanya perlu sambung imunisasi yang belum diterima.
Jadi dalam kes diatas, bapa hanya perlu ke klinik berdekatan untuk mendapatkan vaksin untuk umur 12 bulan iaitu MMR. Tapi bagaimana pula untuk anak yang hanya menerima vaksin sewaktu kelahiran iaitu BCG dan Hep B?
Jangan risau, jika anak anda telah pun melebihi 9 bulan atau lebih berkunjunglah ke klinik berdekatan. Kunjungan pertama anak akan menerima dos Hep B dos ke2, vaksin 3-serangkai ( DTaP, Hib,IPV) dos 1 dan MMR. Lawatan ke2 adalah 4 minggu kemudian untuk vaksin 3 serangkai dos ke2 dan lawatan ke3 juga 4 minggu kemudian untuk vaksin 3 serangkai dos ke 3. Jangan lupa 4 bulan selepas lawatan ke3 untuk dose terakhir Hep B dan 3 serangkai. Memang komplicated tapi anda boleh ke klinik untuk penerangan selanjutnya.
Moga- moga artikel ini dapat membantu para ibubapa.
Sharing is caring
Ikhlas dr Dr. Nor
0 ulasan:
Catat Ulasan