At Blog to fb


SOALAN

As Salam Dr. saya ingin bertanya kepada Dr. tentang anak saya yang berumur 6 bulan. Anak saya masalahnyA dia tak boleh tinggal sorang diatas katil atau pun di ruang tamu atau dimana-mana dalam ruangan rumah. Dia mahukan saya sentiasa dengan dia. Sedangkan saya telah pun membuka nursery rhymes untuk tontonan dia. Bila saya ada barulah dia diam dan layan nursery rhymes tu. Ini menyukarkan saya untuk membuat kerja lain seperti mandi, makan, sembahyang dll. Antara lain juga Dr. anak saya tidak mahu dengan suami saya. Dia akan menangis dengan kuat sekali sekiranya suami saya cuba untuk mendekatinya. Saya mohon pendapat Dr. bagaimana caranya saya nak atasi masalah baby saya ni Dr. Segala nasihat dari Dr. amat saya hargai dan diucapkan jutaan terima kasih

JAWAPAN

Salam puan. maaf kerana lambat reply.. Alhamdulillah, situasi puan sekarang sama dengan seorang ibu yang sebelum ini pernah mngajukan soalan yang sama.. Dengan izin Allah SWT, kini anaknya yang sudah berumur 8 bulan selesa dengan semua orang terutama ayahnya sendri. Disini saya sharekan puan amalan serta doa yg seharusnya kita selaku ayah serta ibu bersama mengamalkannya. InsyaAllah akan berjaya..

Seterusnya ingin saya berkongsi dengan puan satu tips dari sudut keilmuan moden dan psychology iaitu, puan serta suami kena sentiasa bersama anak tiap kali ada masa yang terluang. Disini akan merangsangkn minda serta ingatan kepada bayi serta anak kita. Dia akan sentiasa melihat serta menerima yang kedua-dua insan berhampiran adalah penemannya. Tip yang seterusnya ialah, ketika bayi anda sedang tidur, puan serta suami berbisik ditelinga kanan bayi kita tentang kasih sayang dan mengimbau kembali aktiviti yang anak kita lakukan tadi. Cara begini akan lebih merangsang daya ingatan anak kita untuk rapat dengan kita. InsyaAllah yakin, sabar serta tawakkal amat penting..

Sesetengah ulama juga berpesan iaitu, berkongsi makanan serta minuman bersama anak kita, sebagai contoh apabila menyuap mkanan kepada anak kita maka pastikan sudu atau tangan kita jamah sekali kemudian suap kepada anak kita. InsyaAllah dengan cara serta pandangan ini mampu mengeratkan juga kasih sayang anak terhadap kita, anak juga akan mendengar kata-kata kita..

Apa-apa pun InsyaAllah puan serta suami akan mengecapi kehidupan yang diredhai dalam membina keluarga bahagia. Setiap dugaan yang ALLAH SWT berikan kepada hambanya ada hikmah disebaliknya. ALLAH SWT tahu kemampuan hambaNYA yang diuji. Selamat beramal dan berusaha puan.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Top