At Blog to fb


Perhatikn anak2 anda lebih- lebih lagi yang berumur 9 bulan ke atas..

Zaman teknologi canggih, anak-anak kita seawal umur yang masih bayi kita telah dedahkan mereka kepada ipad, fon dan pelbagai mainan interaktif yang begitu canggih. Tp kita kadang-kadang alpa, tentang bahaya alat-alat ini kepada anak kita..

Nak kongsi satu cerita dari rakan fb saya. Dia bagi tahu tentang pengasuhnya kata anak dia ni menangis saja harivtu dan tak tau kenapa. Anaknya yang pada masa tu berumur 11 bulan memang lasak. Dia pun agak hairan tapi dalam hati dia kata mungkin anaknya ni sakit perut. Malam tu anaknya pun buang air besar dan nak jadikan cerita dan mungkin petunjuk dari Allah bagi ibubapa muda ni, kawan saya ni pun cuba tengok kat pampers anaknya ni. Teperanjat sakan dia bila nampak satu biji bateri lithium dalam najis anaknya ni..

MasyaAllah, dia dan suami terus bawak anaknya ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Nasib anaknya baik sebab xray tak tunjukkan bateri dalam salur pernafasan dan pemakanan. Bila dia ingat balik rupa-rupanya bateri tu adalah dari salah satu mainan anaknya ( keychain berlampu ketika beli di ICT)

Syukur alhamdulillah bagi ibu ini kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk bersama anaknya lagi walaupun kecuaian telah berlaku..

Bagi ibubapa diluar sana, tahukah anda bahaya bateri lithium kepasa anak-anak kita jika secara tidak sengaja mereka tertelan? Dengan bentuknya yang berkilat dan kecil mungkin dimata anak kita ia seperti gula- gula atau coklat cip dimana saiznya juga dengan mudah boleh dimasukkan ke dalam mulut hidung dan telinga. Selalunya ia akan keluar melalui najis tanpa sebarang masalah tapi bukan selalu kita bernasib baik seperti kisah diatas.

Tahukan anda yang jika bateri lithium ini masuk ke salur makanan (oesophagus) selama 2 jam boleh menyebabkan bahan kimia dari bateri tersebut menghakis lapisannya dan tissue berhampiran dan menyebabkan salur makanan itu bocor dan menyebabkan kematian. Begitu juga jika bateri itu tersangkut di kotak suara (vocal cord) akan menyebabkan kehilangan suara dan jika di hidung dan telinga yang mana bahan kimia boleh menghancurkan sendi/cartilage yang akhirnya menyebabkan gangguan pendengaran dan pernafasan.

Jadi apakah peranan kita sebagai ibubapa untuk mengelakkan anak kita dari perkara sebegini?? Langkah yang penting dan utama adalah jauhkan bateri dari anak-anak. Pastikan kita kenal pasti alat- alat yang menggunakan bateri lithium seperi laptop, ipad, remote kunci kereta, kamera, kalkulator, permainan muzik dan yang berlampu. Kalau kita tak boleh nak simpan mungkin kita boleh seal guna tape supaya anak tak dapat buka dan ambil bateri..

Apapun, pesanan dari saya jika anda dapati anak-anak anda yang selalunya aktif tiba-tiba berubah, mungkin muntah-muntah, sesak nafas, lemah dan anda pasti yang dia tertelan sesuatu, segera ke klinik ataupun hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.

- Dibawakan oleh Dr. Nor

# Sumber - Kidsguard


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Top