SOALAN 1 :
As Salam Dr. saya ada baby yang berumer 3 bulan. Masalah baby saya adalah susah nak buang air besar. Saya perhatikan seminggu hanya sekali. Ianya terjadi sejak baby saya 2 bulan lagi. Baby saya fully bf. Boleh Dr bantu saya tentang masalah saya nie.
SOALAN 2 :
Salam. Dr, saya nak tanya normal tak baby usia 2 bulan lebih die bf+fm berak 3-4 hari sekali. Najis dia warna kuning kehijauan. Sebelum ini saya fully bf najis dia warna kuning. Sekarang bila dah masuk kerja, bila pam susu tak banyak yang keluar dan baby saya nak direct bf je. Tak mahu dari botol. Kalau susu fm dia minum pula. Adakah susu fm tu tak sesuai dengan dia? Saya bagi baby saya susu anmum.
JAWAPAN :
Baru- baru ni saya banyak mendapat pm tentang najis bayi dari para ibubapa. Memang tidak dapat dinafikan agak merisaukan terutama ibu tentang warna najis, kekerapan membuang dan perubahan yang diperhatikan.
Disini saya ingin meringkaskan serba sedikit berkaitan tentang najis bayi. Diharap dapat menambah pengetahuan para ibubapa disamping mlegakan hati ibu yang risau tu ye.
Kekerapan
- Tiada kekerapan yang tetap untuk bayi membuang air besar. Setiap bayi mempunyai rutinnya tersendiri dan bergantung kepada penyusuan, pemakanan dan usia bayi tersebut.
Bayi fully breast feeding( tak makan pejal, tak minum susu formula)
- Selalunya akan buang air 3-4 kali sehari, tetapi jika 1 kali sehari atau 1 kali seminggu juga dianggap normal selagi najisnya lembut dan mudah keluar
Bayi minum formula milk
- Sekurang- kurangnya 1 kali sehari untuk mengelakkan sembelit
Warna dan tekstur
- Warna dan tekstur najis bayi berubah mengikut umur dan penyusuan + pemakanannya
Bayi baru lahir
- Warna hitam kehijauan ysng melekit, juga dipanggil meconium yang sebenarnya adalah bahan kumur yang terdiri daripada sel mati, mukus cecair amnion dan hempedu yang terkumpul dalam usus bayi semasa dalam rahim ibu lagi. Ini juga petanda bahawa usus bayi berfungsi dengan baik.
- Meconium mungkin dihasilkan 1-2 hari, colostrum ( susu ibu pertama) yang diberi oleh ibu akan membantu mengeluarkan meconium dengan lebih mudah
Bayi breast feeding
- Setelah ibu menghasilkan susu yang sempurna (2-3 hari selepas kelahiran) warna najis bayi kuning cair, berketul seperti biji sawi dan berbau manis. Najis lembik dan berketul ketul kecil seperti susu masam.
- Warna kuning disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik ( susu bahagian payudara ibu) dan hindmilk (susu dari payudara belakang)
Bayi minum formula milk
- Najis berwarna coklat hitam, hijau adalah NORMAL
- Kerana bayi anda mungkin minum susu formula yang mengandungi iron-fortified atau vitamin jenis cecair yang mengandungi iron. Perubahan warna ini disebabkan tindakbalas bakteria di dalam ususnya dan pengambilan vitamin yang mengandungi zat besi sulfat.
- Jika bayi anda mempunyai najis berwarna hitam dan tidak mengambil sebarang vitamin, atau susu formula yang mengandungi iron segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
- Tekstur najis juga menjadi lebih keras dan besar kerana susu badan tidak dapat dicernakan sepenuhnya oleh bayi. baunya juga kuat, mungkin seperti orang dewasa.
Bayi mula makan makanan pejal
- Najis akan lebih pekat, gelap dan berbau.jika diberi makanan yang berserat seperti kekacang, kismis susah dicernakan dan mungkin akan keluar dalam bentuk yang sama ( ini kerana sistem pencernaan bayi masih belum sempurna)
Najis yang tidak normal/ perlu diberi perhatian
Cirit-birit
- Najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda.
Punca- punca yang mungkin:
- jangkitan seperti gastroenteritis (AGE)
- Pengambilan ubat terutama antibiotik
- Kesensitifan atau alahan terhadap sesuatu makanan.
Cirit-birit biasanya sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor.
Sembelit
- Kesukaran membuang air besar,najis yang berbentuk seperti batu-batu kecil yang kering dan kadang-kala terdapat darah pada najis yang mungkin disebabkan oleh rekahan pada dubur akibat pengeluaran najis yang keras.
- Jika bayi anda mengalami sembelit, bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya.
- Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau aprikot yang dikisar.
Iklas Dr Nor,
Sharing is caring
0 ulasan:
Catat Ulasan