At Blog to fb


Apa yang menyebabkan bayi saya susah nak tidur?

Bayi bangun pada waktu malam disebabkan pelbagai sebab. Bukan anda seorang sahaja yang mendapati sukar untuk mendapatkan bayi anda tidur sepanjang malam. Ramai kanak-kanak mempunyai masalah tidur, terutamanya enggan untuk pergi tidur atau bangun pada waktu malam, dan kedua-duanya sering beriringan.

Jika bayi anda sentiasa bangun pada waktu malam ini boleh mengganggu pola tidur anda. Anda mungkin mendapati amat sukar untuk mengerjakan tugas-tugas pada keesokan harinya. Wanita yang tidurnya terganggu disebabkan bayi mempunyai masalah tidur mungkin lebih mudah mengalami kemurungan. Apabila anak anda membesar, adalah penting untuk menyelesaikan masalah kesukaran tidur, sebab ia boleh menyebabkan tekanan dalam hubungan antara anda dengan suami anda, dan antara anda dengan anak anda.

Terdapat strategi tidur yang berbeza, dari pangkal spektrum membiarkannya melepaskan tangisan kepada hujung spektrum tidur bersama. Terpulang kepada anda untuk memutuskan yang mana satu paling sesuai untuk keluarga anda.

Apakah strategi tidur yang saya boleh cuba?

Taktik berikut boleh membantu bayi anda tidur baik dari usia seawal enam minggu. Tetapi ingat, yang mana pendekatan pun yang diambil, anda mestilah konsisten:

  • Buatlah sarapan siang hari sosial dan ceria dan sarapan waktu malam tenang sepi. Dengan cara begini anda akan membantunya mengatur jam badannya supaya dia dapat membezakan antara siang dan malam.
  • Beri dia peluang terlena dengan sendiri dari kira-kira enam hingga lapan minggu. Letakkan dia atas katilnya ketika dia mengantuk, tetapi masih berjaga. Sesetengah pakar menasihatkan supaya jangan membuaikan atau menyusukan bayi sampai tidur, walaupun pada usia ini, sebab dia akan menjadi biasa dengan amalan ini. Terpulanglah kepada anda untuk memutuskan apa yang terbaik.
  • Tetapkan satu rutin tidur. Pastikan ia ringkas dan mudah: mandi, lampin dan pijama, serta bercerita atau nyanyian. Selesaikan ritual tidur dalam bilik tidur bayi anda. Adalah penting baginya mempelajari bahawa biliknya adalah satu tempat yang selesa untuk diduduki.
  • Berikannya objek keselamatan, seperti selimut bayi atau patung binatang berisi kekabu. Cara yang baik untuk membuat bayi sukakan selimut atau beruang teddynya ialah bagi anda berkepit dengan objek itu buat sementara waktu sehingga ia berbau ibu. Bayi mempunyai deria bau yang kuat, dan apabila ia terjaga secara mengejut nanti, bau ibunya akan menenangkannya.
  • Biarkan dia melepaskan tangisannya. Ini amat sesuai apabila bayi anda berusia empat atau lima bulan. Jika dia menangis selepas anda membaringkannya, pergilah mendekatinya. Tepuk dia perlahan-lahan dan beritahu dia bahawa semuanya nyaman, tetapi sekarang ialah waktu untuk tidur. Berlemah lembutlah, tetapi tegas. Tinggalkan bilik. Tunggu untuk sesuatu tempoh, dari dua hingga lima minit, kemudian jengoknya lagi. Lakukan ini berulang kali sehingga dia tertidur, dengan memanjangkan masa antara setiap lawatan.
  • Peluknya.Jika anda bercadang untuk bayi tidur di katil anda, tenangkan dan buai-buaikannya dahulu sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya supaya dia bersedia untuk tidur. Baringlah bersama-sama dan pelukkannya, buat pura-pura tidur, dengan tegas menyedarkannya bahawa itu waktu tidur.
  • Kongsikan peranan penenang dengan suami anda, supaya anda berdua boleh membantu bayi tidur kembali. Sebaik saja bayi anda cukup tua untuk tidak diberi sarapan pada waktu malam, dia boleh membiasakan diri untuk ditenangkan oleh suami anda. Dia mungkin berhenti daripada memerlukan sesiapa pun apabila dia sedar bahawa dia tidak akan diberi sarapan!
  • Pekakan diri kepada keperluan bayi anda. Pada siang hari, biar bayi merasa selamat dengan mendukungnya dalam kain anduh. Jika dia bangun malam, cuba untuk memastikan mengapa. Adakah lampinnya basah kuyup, adakah pakaian malamnya selesa, adakah dia mengidapi selesema?
  • Jika bayi anda masih bangun selepas anda meletakkannya tidur, ingat bahawa peringkat umurnya berkait rapat dengan berapa mudah dia berehat dengan selesa, dan anda mungkin perlu menyesuaikan diri mengikut peringkat pertumbuhannya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Top